Pengasas ST

Guru Azlan Ghanie telah terlibat secara langsung dalam dunia beladiri lebih 40 tahun. Allahyarham ayahanda beliau, Abdul Ghanie bin Abu Bakar adalah inspirasinya.

Beliau mula menambah ilmu, apabila menyertai taekwando pada tahun 1973 iaitu ketika berusia 14 tahun. Seterusnya pelbagai perguruan dipelajari hingga kini melepasi 30 aliran. Lahir di Hospital PCCL Sungai Lembing, Kuantan, Pahang Darul Makmur dan dibesarkan di Pekan, beliau mula menjadi wartawan pada tahun 1982.

Sesudah di meja sukan, beliau beralih kepada politik. Pada tahun 1988, beliau mengasas Majalah Pendekar. Pada tahun 1993, Azlan Ghanie kembali ke akhbar, sebelum kembali ke pentas pendekar, apabila menerbit sendiri Majalah Seni Beladiri pada tahun 1997.

Dalam dunia wartawan, beliau bermula dari pemberita kedet (1982) hingga menjawat jawatan tertinggi Ketua Pengarang Kumpulan. Terlibat dalam akhbar harian, mingguan, majalah bulanan dan buku. Pernah menjadi Chief Editor (Ketua Pengarang) buku Malacca Towards Horizan - 1994. Juga, Associate Editor kepada Majalah Phoenix dari Australia.

Kini menjadi Penerbit dan Pengarah Urusan syarikat Azlan Ghanie (M) Sdn Bhd. Selain Majalah Seni Beladiri, beliau pernah menerbit majalah hiburan seperti Ekstra, Sukan Mas dan Silat Warrior untuk pasaran dalam dan luar negara.

  • Menerbit buku Inggeris Silat Tua (Nigel Sutton) dan Sains Kesyukuran (Zony Said). 
  • Menerbit dan menulis buku Senaman Melayu Tua.
  • Menjadi pengasas dan penasihat beberapa kejohanan seperti Festival Seni Beladiri Di Raja Pahang dan Kejuaraan Pencak Silat Universiti-universiti.
  • Pernah menangkap penjenayah, pencuri dan kumpulan Black Money dari Afrika.
  • Mengadakan pelbagai seminar taraf antarabangsa dalam dan luar negara seperti di Belanda dan Cape Town, Afrika Selatan.
  • Mempunyai pengamal merata dunia.
  • Seminar kecergasan dan beladiri taraf antarabangsa.
  • Selaku pengasas Perguruan Silat Melayu Keris Lok 9 Malaysia dan Senaman Melayu Tua (Senaman Tua).
  • Mendapat pengikhtirafan dari pihak istana untuk memberi ceramah mengenai Adat Melayu.
  • Mengasas Persatuan Guru-guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA).
Kini, perunding kepada beladiri dan senaman Melayu serta berusaha menjadi Malaysia: Pusat Seni Beladiri Dunia dan berkempen “Bersatu Dalam Seni Beladiri”.