26 November 2008

Senaman PERKASA ganti Yoga?

KUALA LUMPUR: Heboh pasal Yoga difatwakan bercanggah dengan akidah Islam jika diamalkan secara sistematik kerana ia merupakan ritual dan sistem pertapaan (meditation), warisan yang sememang diamalkan oleh penganut agama Hindu sejak lama dulu. Maka muncul NGO berkepentingan seperti Sisters in Islam dan Amnesty Malaysia menyanggah keras keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut konon atas dasar kebebasan dan hak asasi manusia.

Penulis hairan, kenapa orang Islam dalam Sisters in Islam dan Amnesty Malaysia perlu mempertahankan Yoga? Adakah masyarakat perlu bergantung kepada Yoga untuk survival mereka? Kerana jika kita benar-benar perlu beriadah untuk kecergasan dan kesihatan mental dan fizikal, Senaman Perkasa sebenarnya adalah alternatif terbaik.

Tugas dan tanggungjawab Majlis Fatwa adalah jelas. Pemerintah kena bertegas mempertahankan akidah umat Islam daripada terus diperdaya dan terkeliru dengan 'kebagusan' Yoga yang konon boleh menyelesaikan masalah kesihatan dan pelbagai masalah penyakit termasuk penyakit hati (?).

Sebagai umat Islam, kita dilarang keras daripada mengamalkan ritual dan tradisi agama-agama lain tak kiralah jika amalan itu sebaik dan sebagus mana sekalipun. Dan jangan lupa dalam masyarakat Melayu Islam di Nusantara telah ada sistem senaman tua yang diamalkan secara meluas oleh para pesilat yang jika dipraktiskan secara sistematik dapat membantu meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal seterusnya memulihkan pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik.

Seperti biasa yang berlaku kepada produk tempatan milik kita ialah masalah samada kita sendiri yakin dan percaya atau bersedia untuk belajar mengenainya. Senaman Tua atau 'Senaman Perkasa' itu berasal dari Perguruan Silat Melayu dan pergerakannya diambil dari 'disiplin tradisi gerak dan kawalan nafas'.

Ia menjadi amalan harian guru-guru silat lelaki dan perempuan. Senaman tua tersebut telah dibukukan oleh Azlan Ghanie, penerbit majalah Seni Beladiri dan beliau adalah pengasas Senaman Perkasa (SP) yang pernah diperkenalkan beberapa tahun lalu di kalangan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Azlan Ghanie telah menemui lebih 1,000 guru-guru utama dan guru-guru tua samada silat dan bukan silat dan beliau telah membukukan cerita serta amalan mereka dalam buku Senaman Tua yang merupakan teras kepada program kesihatan dan kecerdasan atas branding baru - 'Senaman Perkasa' yang akan diperkenalkan ke seluruh negara kelak, justeru membantu umat Islam meningkatkan jati diri, kesihatan dan kecerdasan mental dan fizikal tanpa perlu kepada Yoga atau lain-lain unsur penyelewengan akidah dari agama-agama lain.

Jika kita benar-benar serius dan bersatu, "Senaman Perkasa mampu mengembalikan keyakinan umat Islam kepada kekuatan dalaman mereka sendiri," demikian menurut Azlan ketika ditemui di pejabat beliau di Danau Kota kelmarin.

Senaman Perkasa bukan dari mana-mana aliran atau perguruan beladiri tertentu dan ia terbuka kepada semua golongan tanpa mengira jantina, umur, bangsa dan agama. Matlamat Senaman Perkasa ialah bagi memastikan rakyat kekal sihat dan cergas selain memastikan warisan Melayu tidak pupus, malah terus berkembang segar dan diperkasakan selayaknya.

Menurut pakar kesihatan dan sains sukan serta bekas pesakit, Senaman Perkasa sebenarnya mampu merawat penyakit jantung, sakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, asma, resdung, bahu beku, leukimia, kegemukan (obesiti), ghout dan sebagainya.

Senaman ini dalam sains sukan dikategorikan sebagai kalistenik. Ia merawat penyakit dan kecederaan melalui senaman dan gerak pernafasan. Juga yang uniknya, ia aerobik dan anaerobik iaitu mengenai perjalanan darah dan kekuatan jantung (kadeo vaskular). Pengakuan ikhlas para pengamal senaman tersebut dalam buku Senaman Tua dan VCD Senaman Tua telah menjadi bukti.

Untuk kecergasan dan kesihatan, buku Senaman Tua merupakan dokumentari yang membuktikan tamaddun dan tradisi bangsa Melayu juga cukup terbilang! Seperti perumpamaan yang menyebutkan "Hanya jauhari yang mengenali manikam". Justeru, kalau bukan kita yang mempromosi dan memperkasakan jatidiri bangsa sendiri, siapakah lagi yang hendak kita harapkan?

Untuk tujuan ini, para peminat senaman untuk riadah, kesihatan dan kecergasan boleh menjemput penceramah dan jurulatih Senaman Perkasa untuk mengendalikan Seminar dan Kelas di pejabat, sekolah atau di kawasan kediaman masing-masing.

Senaman Perkasa ini bagus sebagai aktiviti tambahan yang bermanfaat untuk ahli pertubuhan, persatuan penduduk dan PIBG di seluruh negara. Sila layari http://www.senibeladiri.com.my/ atau hubungi segera 016-3102001 (Angah Naseron) atau 012-3326723 (Azlan Ghanie).

Oleh NAS ISMA
Sumber: http://groups.google.com.my/group/kgmalaysiaraya/browse_thread/thread/d5130f80d22796a7

Tiada ulasan: