08 April 2014

SENAMAN TUA | Siapa Yang Betul dan Tamadun?

Mula-mula saya memperkenalkan Senaman Melayu Tua 15 tahun lalu (pernah perkenal tahun 80-an dalam majalah PENDEKAR), ramai 'golongan cerdik pandai' kalangan pakar sains sukan dan pakar perubatan senyum sengeh kerana memandang rendah!

Bila diberitahu Senaman ini 'semua ada' dan beri tumpuan kepada sendi dalam pergerakan, dan setiap gerak/ senaman pecah seribu, buatkan mereka 'cakap belakang-belakang'.

Bila terbukti ia berkesan dan rawatannya luar biasa, mereka diam namun ada pulak biadap mencuri pergerakan Senaman Tua dan akui fokus pergerakan sendi untuk kuatkan otot-otot dan kecut perut makin popular, dan pelbagai lagi.

Dikatakan biadap kerana ia daripada ilmu Melayu dan perlu berguru dan dapat restu guru. Kalau guna atau ambil daripada ilmu Melayu kena mohon izin bertulis.

Penat-penat saya hendak naikkan ilmu bangsa Melayu tetapi pihak individu dapat nama.

Kerajaan perlu prihatin dan jangan main lepas tangan. Macamana ilmu Melayu hendak diangkat jika terus ditekan?! Macamana lagi bangsa Melayu hendak dihormati dan disegani jika ilmu mereka terus disembunyi dan ditekan untuk pendedahan?

Kata ilmu Melayu khazanah negara dan tak ternilai harganya, namun kadang-kadang ia dipandang seperti 'sampah' di negara sendiri.

Silat menjadi rujukan dalam perjuangan, walaupun seperti guru-guru lain 'yang duduk bagai tiada bertempat' (cakap ringkas "merempat"), Senaman dan Silat Melayu akan terus diangkat bersama guru-guru yang mengenali Amanah Melayu!

Oleh PROF DR PENDITA AZLAN GHANIE

1 ulasan:

Unknown berkata...

Ada buku berkenaan pengajaran olahraga menyamai Senaman Tua atau Senaman Melayu Lama.Buku itu boleh didapati di perpustakaan UTC(dulunya kompleks beli belah Kotaraya)Johor Bahru