01 Oktober 2010

Seminar Kehidupan Sejahtera Melalui Senaman Tradisional

Seminar Kehidupan Sejahtera Melalui Senaman Tradisional ini dianjurkan adalah untuk memfokuskan kepada pendekatan habitual dan spiritual dalam konteks penjagaan kesihatan. Di samping itu dalam seminar ini akan diperkenalkan senaman-senaman tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu, Cina dan India sejak dari zaman dahulu kala hingga sekarang.


Senaman yang dimaksudkan ialah Senaman Tua, Qi Gong dan Senaman Pernafasan. Kesemua senaman tersebut unik, luar biasa dan mampu meningkatkan kecergasan dan kekuatan fizikal serta berkemampuan membantu merawat kecederaan dan penyakit-penyakit tertentu (disamping rawatan utama) jika diberikan perhatian yang sewajarnya.

Seminar ini akan diadakan di Hotel Gurney, Pulau Pinang pada 27, 28 dan 29 Oktober 2010 serta dianjurkan oleh Kluster Gaya Hidup Sihat, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia.

OBJEKTIF
a) Memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan mengamalkan senaman tradisional dalam konteks penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.
b) Mengekalkan kesihatan dan kecergasan melalui amalan senaman tradisional.
c) Menambah fleksibiliti anggota badan dan sebagai tambahan kepada latihan biasa.
d) Senaman Tua dipandang sebagai satu jenis riadah yang lebih berbentuk “holistik".

SASARAN PESERTA
Pihak jawatankuasa Seminar Kehidupan Sejahtera mensasarkan penyertaan peserta daripada:
a) Kakitangan Kerajaan dan Badan Berkanun
b) Kakitangan syarikat-syarikat swasta
c) Pertubuhan-pertubuhan NGO
d) Orang awam

Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi kami.
  • Dr. Mohd Affendy Yusof : 016-480 1261
  • Muhammad Sallehuddin : 019-471 1480
  • Azimin Dzulkarnaen Zulkiflee : 019-552 7070
  • Mohd Firdhaus Harun : 019-578 2721
  • Nursyafawati Saharudin : 017-550 5249
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia
No. 1-8 Persiaran Seksyen 4/1, Bandar Putra Bertam
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
Tel : 04-562 2888 Faks : 04-562 2460

Sumber: http://www.amdi.usm.edu.my/sejahtera.aspx

Tiada ulasan: